Mampukah
aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung
cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya
diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar
hati kekasih Allah
Susah dan
senang rela bersama…
Dapatkah
ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri
Rasulullah yang bijak
Pendorong
kesusahan dan penderitaan
Tiada
sukar untuk dilaksanakan…
Mengalir
air mataku
Melihat
pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur
dalam setiap perintah
Taat
dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada
memiliki harta dunia
Layaklah
dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika
aku marah
Inginku
intip serpihan sabar
Dari
catatan hidup Siti Sarah….
Tabah
jiwaku
Setabah
umi Nabi Ismail
Mengendong
bayinya yang masih merah
Mencari
air penghilang dahaga
Di terik
padang pasir merak
Ditinggalkan
suami akur tanpa bantah
Pengharapannya
hanya pada Allah
Itulah
wanita Siti Hajar….
Dapatkah
aku mengikut jejak Siti Rahmah
permaisuri
hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau
pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali
kerana
iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia
adalah miliknya…
Mampukah
aku menjadi wanita solehah?
Mati
dalam keunggulan iman
Bersinar
indah, harum tersebar
Bagai
wanginya pusara Masyitah…
No comments:
Post a Comment