1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya,derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan
Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a
berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
13. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
S.W.T mencatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah
lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
sumber : https://www.facebook.com/notes/puji-surya/istimewanya-wanita-muslimah
---------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment